Monday 14 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SMKDRI 2016





13 November 2016 - Bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Santai Jamuan Akhir Tahun SMK Dato' Razali Ismail untuk tahun ini. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan iaitu YDP PIBG, Naib YDP PIBG dan juga mantan warga SMKDRI yang telah bertukar turut diraikan dalam majlis ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab Warga iaitu Tuan Haji Abdul Razak bin Muda dan barisan AJK Kelab Keluaga yang telah berjaya menjalankan aktiviti kebajikan warga sepanjang tahun 2016 ini dengan jayanya. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah atas kerjasama selama ini dalam membantu melancarkan semua aktiviti yang telah dirancangan oleh kelab keluarga sepanjang tahun 2016. Terima kasih kepada semua kerana dapat menjayakan majlis yang cukup meriah ini.

0 comments:

Post a Comment