Wednesday 16 November 2016

Peperiksaan PT3 dan SPM di SMKDRI Tahun 2016

 
Alhamdulillah, atas kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan olehNya kepada semua anak-anak pelajar SMKDRI yang menduduki peperiksaan PT3 sebelum ini dan hari ini peperiksaan SPM berjalan seperti biasa. Hari ini kertas Matematik Tambahan, semoga ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru dapat dimanfaatkan oleh semua anak-anak pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat sebagaimana skema. Ya Allah...berilah ilham yang melimpah ruah kepada anak-anak pelajar ini untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang mereka duduki. Baca Lagi ...

Monday 14 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SMKDRI 2016





13 November 2016 - Bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Santai Jamuan Akhir Tahun SMK Dato' Razali Ismail untuk tahun ini. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan iaitu YDP PIBG, Naib YDP PIBG dan juga mantan warga SMKDRI yang telah bertukar turut diraikan dalam majlis ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab Warga iaitu Tuan Haji Abdul Razak bin Muda dan barisan AJK Kelab Keluaga yang telah berjaya menjalankan aktiviti kebajikan warga sepanjang tahun 2016 ini dengan jayanya. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah atas kerjasama selama ini dalam membantu melancarkan semua aktiviti yang telah dirancangan oleh kelab keluarga sepanjang tahun 2016. Terima kasih kepada semua kerana dapat menjayakan majlis yang cukup meriah ini. Baca Lagi ...

Wednesday 12 October 2016

Hari Sukan Negara 2016



8 Oktober 2016 - Semua warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sekolah serta pelajar-pelajar SMK Dato' Razali Ismail menjayakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah tahun 2016. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah kali ini cukup meriah bermula dengan acara senamrobik dan disusuli dengan pertandingan acara tarik tali antara rumah sukan. Tahniah kepada penyelaras program atas sambutan yang cukup meriah. Baca Lagi ...

Wednesday 5 October 2016

Penggunaan Aplikasi Sync School Messaging Komunikasi Elektronik Rasmi Sekolah

Baca Lagi ...

Kem Tuai Emas SPM 2016









2 Oktober 2016 - Bertempat di Kompleks Desa Takwa, Kuala Teleomg telah berlangsung Kem Tuai Emas untuk pelajar-pelajar SPM 2016. Program bermula pada 2 Oktober dan berakhir pada 4 Oktober 2016. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kejayaan yang cemerlang sentiasa mengiringi anak-anak pelajar ini.

Baca Lagi ...