Wednesday 16 November 2016

Peperiksaan PT3 dan SPM di SMKDRI Tahun 2016

 
Alhamdulillah, atas kesihatan dan kesejahteraan yang dikurniakan olehNya kepada semua anak-anak pelajar SMKDRI yang menduduki peperiksaan PT3 sebelum ini dan hari ini peperiksaan SPM berjalan seperti biasa. Hari ini kertas Matematik Tambahan, semoga ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru dapat dimanfaatkan oleh semua anak-anak pelajar untuk menjawab soalan dengan tepat sebagaimana skema. Ya Allah...berilah ilham yang melimpah ruah kepada anak-anak pelajar ini untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang mereka duduki. Baca Lagi ...

Monday 14 November 2016

Jamuan Akhir Tahun Kelab Keluarga SMKDRI 2016





13 November 2016 - Bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu telah berlangsung Majlis Santai Jamuan Akhir Tahun SMK Dato' Razali Ismail untuk tahun ini. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan iaitu YDP PIBG, Naib YDP PIBG dan juga mantan warga SMKDRI yang telah bertukar turut diraikan dalam majlis ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab Warga iaitu Tuan Haji Abdul Razak bin Muda dan barisan AJK Kelab Keluaga yang telah berjaya menjalankan aktiviti kebajikan warga sepanjang tahun 2016 ini dengan jayanya. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah atas kerjasama selama ini dalam membantu melancarkan semua aktiviti yang telah dirancangan oleh kelab keluarga sepanjang tahun 2016. Terima kasih kepada semua kerana dapat menjayakan majlis yang cukup meriah ini. Baca Lagi ...